Nuffnang Ads

Saturday, February 18, 2012

Kelate Miskin ? Sakgoba . PM gura jah tu...kui3

PM kite yg disayangi....eerrr ?

Yolo kow sep kito Kelate kito nih miskin ? acu kabo ko ambe yolow ko dop . ambe nk tau betul ko dop . sbb ambo ado tgk brito hok PM kito ado kato Klate ni negeri termiskin . aihhh... PM gura jah teerrr...ambo tau, dio oyap gtu sbb nti dio nk gdai cincin nk wat support rakyat klate teerrr... dio baik, ambo tau . dio nk pege klate sbb nk klate maju . haaa...ko duaner demo kato ? sakgoba..sakgoba blake...

Bagi kawe, mmmg ado rkyt yg miskin di Klate nih . tpi kawe duk braso, tidok la klate ni termiskin di Malaysia . brase² ikut statistik bukan Klate yg termiskin di Malaysia ni . tpi negeri Perak..Perak adalah negeri yg termiskin selepas Sabah n Terengganu..ni memang pelik bin ajaib..dlm sekelip mata, se"ptuih" air liur sahaja Kelantan tlah diubah menjadi negeri yg termiskin...ekekeke...magisssss nye cinta...kui3...

Statistik Jabatan Perdana Menteri bukti Perak miskin:

Negeri Perak telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling banyak dalam jumlah keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan dan Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, manakala Perak mempunyai bilangan yang paling banyak, iaitu 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran di mana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.

Fakta ini amat memalukan rakyat Negeri Perak kerana pada 1970-an, Negeri Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukannya merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu.

Source: Klik sini

Hadoi² . pelik² . jika klantan miskin, tolong la bantu, kawe caye PM kite ni nk tgk rakyat klate maju n membangun seperti negeri kaya yg len..PM yg baik, bagus n adil xkan sekat pembangunan malah akan cube tlong membangunkan negeri yg mundur tanpa kira negeri tu ditadbir oleh pihak mane..jika tidak ade usaha utk membantu maka xhairan la jika ade komen yg mengatakan ianya juge sedikit sebanyak terpalit kpd PM sesuatu negara itu sendiri..

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

Sources: Klik sini

Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

p/s: Memang Kelantan xkaye, miskin..huhu...royalti minyak x dibayar maka miskin la kelate..ekekeke..

No comments:

Post a Comment